Prose terbentuknya benua
Teori Hanyutan
Benua
Permukaan bumi kita terdiri atas benua
dan samudra. Jika kita perhatikan ternyata terdapat persamaan-persamaan pada
suatu benua dengan benua lainnya. Misalnya pada lekukan atau bentuk pantai di
Afrika Timur, Amerika Utara, dan Amerika Selatan dengan Pantai Barat Eropa dan
Afrika hampir sama. Selain itu daratan Green Land menjauh dari Eropa sejauh
sekitar 36 cm setiap tahun. Serta tanah di Amerika Selatan, Afrika, India,
Australia, dan Antartika menunjukkan persamaan sifat.Fenomena-fenomena tersebut
pada akhirnya menunjukan kita pada suatu kemungkinan bahwa pada awalnya semua
benua adalah satu kesatuan. Pada makalah ini dijelaskan teori-teori
apa saja yang dibuat oleh para ahli, bukti dari kebenaran teori tersebut, serta
apa pengaruh dari teori tersebut.
Deskripsi
Umum Teori dan Tokoh
Deskripsi Umum Teori
Teori hanyutan benua menyatakan bahwa
benua-benua Bumi bergerak berbanding satu sama lain di atas dasar lautan. Teori
ini mula-mula dicadangkan oleh Abraham Ortelius pada tahun 1596. Konsep ini
lalu dibangun-kan dan diperkenalkan oleh Alfred Wegener pada tahun 1910-an.
Teori hanyutan benua kini diikuti oleh teori plat tektonik yang menjelaskan
pergerakan benua-benua Bumi dengan lebih tepat. Sehingga dapat dikatakan bahwa
teori hanyutan benua merupakan pergerakan benua yang menjauh dari benua lain.
Teori Para Tokoh
Abraham
Orteelius (1596). Umumnya ia menerangkan bagaimana daratan di muka bumi ini
terbentuk yakni bermula dengan pergerakan plat tektonik dan kejadian banjir.
Alfred Wegener, seorang ahli meteorologi dari Jerman, pada tahun 1915 mengemukakan teori tentang hanyutan benua (continental drift). Teori ini ditulis dalam bukunya yang berjudul "The Origin of Continent and Oceans"atau Asal Mula Benua dan Samudra.
Alfred Wegener, seorang ahli meteorologi dari Jerman, pada tahun 1915 mengemukakan teori tentang hanyutan benua (continental drift). Teori ini ditulis dalam bukunya yang berjudul "The Origin of Continent and Oceans"atau Asal Mula Benua dan Samudra.
Wegener
berpendapat bahwa dahulu dibumi hanya ada satu superbenua yang disebut
Pangea.Pangea berasal dari bahasa Yunani, yaitu pan (Seluruh) dan gaia (Bumi).
Bagian utara Pangaea disebut Laurasia dan terdiri atas Benua Eurasia (Gabungan
Eropa & Asia) dan Amerika Utara. Bagian selatan Pangaea disebut Gondwana
dan terdiri atas benua-benua lain. Disebelah Timur Pangaea terdapat Laut
Tethys. Pada zaman itu hanya ada satu samudra, yaitu Panthalassa (pendahulu
Samudra Pasifik). Sekitar 200 tahun yang lalu, Pangaea mulai pecah menjadi
beberapa benua hanyut perlahan. Teori hanyutan benua baru bisa diterima para
ahli geologi pada tahun 1960.
Proses Hanyutan Benua
Zaman Karboniferus, Bumi mempunyai hanya sebuah benua
yang besar yang dikenali sebagai Pangaea. Daratan atau tanah besar ini
dikelilingi oleh sebuah laut purba yang dikenali sebagai Panthalassa (merupakan
dasar lautan Pasifik pada hari ini).
Zaman triasik tengah, terjadi dua hanyutan atau
pergerakan benua. Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea kepada dua bagian
yang utama iaitu Laurasia dan Gondwana. Laurasia di sebelah utara yang
mengandungi benua-benua Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sebelah selatan ialah Gondwana
yang terdiri daripada benua-benua Afrika, Amerika Selatan,Antartik,Australia
dan benua kecil India.
Zaman jurasik akhir, proses hanyutan benua telah berlaku
dengan lebih giat. Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula bergerak
meninggalkan Afrika dan benua kecil India pula hanyut kearah utara menghampiri
benua Asia. Benua Australia bergerak kearah timur dan berpisah daripada
Antartik.
Zaman kretasius akhir, proses hanyutan benua berlaku dengan
lebih serius. Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih jauh meninggalkan
benua Afrika. Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur dan menghampiri benua
Asia. Benua kecil India terus hanyut kearah utara menghampiri benua Asia.
Benua Australia terus bergerak meninggalkan lautan Atlantik.
Zaman tertiari, proses hanyutan benua terus berlaku.
Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah dari benua Eropa. India telah
bergabung dengan Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan mendekat. Sisa tanah
daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau
seperti Kepulauan Asia Tenggara,Madagascar, Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.
Bukti Kebenaran Teori
Bukti Keselanjaran Benua
Persamaan garis pantai antara
pantai timur Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika. Kedua benua ini
sepadan dan diperkirakan dulunya merupakan satu.
Bukti Geologi
Persamaan ciri bijih besi yang
dijumpai di Singhbum dan Bastar , India dengan yang dilombong Yampi
Sound, Australia. Emas yang dilombong di Kolar, India, sama usianya ( 2,400
juta tahun ) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie, Australia. Bukti-bukti
tersebut menunjukkan kedua benua tersebut pernah bersatu.
Bukti Iklim Purba
Proses glasier purba zaman
Karboniferus membuktikan bahawa benua Afrika dan Amerika Selatan pernah
bercsatu. Contoh, terdapat persamaan kedudukan batuan yang terdapat di Iapo,
berdekatan Sao Paulo, Brazil dengan lapisan batuan yang terdapat di Cape Town ,
Afrika Selatan.
Bukti Paleontologi atauFosil
G.G. Simpsons ( 1943 ),
menyatakan sebahagian besar reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika
Selatan bersamaan keturunan yang hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah
dijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air bernama Mesosaurus. Fosil
kerangan dan lapisan batu kapur yang dijumpai di Umaria, bahagian utara India
mempunyai persamaan dengan yang dijumpai di Pantai Barat Australia.
Bukti Sistem Gunung
Tanah Tinggi Appalachian di sebelah
timur Amerika utara mempunyai persamaan dengan banjaran-banjaran yang wujud di
Scotland. Banjaran-banjaran Kaledonia yang terdapat di sebelah barat Greenland
dikatakan mempunyai sifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia di barat
laut Eropa. Kedua persamaan ini membuktikan bahawa benua Amerika utara pernah
bersatu dengan benua Eropa.
Bukti Paleomagnetisme / Kemagnetan
Purba
S.K. Runcorn (1962), menyatakan bahwa
batuan mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasa pembentukannya dan akan
menetap medan magnetnya supaya sama dengan medan magnet bumi iaitu ke arah
utara.Kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arah kutub utara mula
mengalami perubahan pada zaman geologi yang berlainan. Kedudukan kutub utara
sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut
berlaku disebabkan pergerakan benua-benua.
Bukti Oseanik
Bahan mendak lautan yang paling tua
iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan
Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.
Fenomena Geosfer Akibat Hanyutan
Benua
Pemisahan Benua-Benua Utama
Semasa zaman karboniferus, bumi
mempunyai hanya sebuah benua yang besar yang dikenali sebagai Pangaea.
Pergerakan atau hanyutan benua telah menghasilkan benua-benua baru seperti
sekarang seperti benua Asia, Afrika, Amerika utara, Amerika Selatan, Eropa,
Australia dan Antartika.
Pembentukan Palung
Hanyutan benua telah menghasilkan
palung-palung terutama sekali di pinggir benua Asia, iaitu di Lautan Fasifik
dan Lautan Hindi seperti Jurang Mariana, Jurang Mindanao, Jurang Jepun, Jurang
Jawa, Jurang Puerto Rico dan sebagainya.
Pembentukan Garis Pantai Yang Panjang
Pemisahan benua tunggal ( Pangea )
telah menghasilkan benua-benua dan pulau-pulau di permukaan bumi. Pembentukan
benua-benua dan pulau-pulau telah menyebabkan kawasan pinggir pantai ( garis
pantai ) lebih panjang daripada sebelumnya.
Pembentukan Pulau-Pulau
Evolusi hanyutan benua pada zaman
tertiari menjelaskan benua Amerika Utara telah berpisah dengan benua Eropah,
Benua Kecil India bersambung dengan benua Asia, Amerika Selatan dan Amerika
Utara bersatu. Sisa tanah yang tertinggal membentuk pulau-pulau atau gugusan
pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia Barat dan kepulauan
Pasifik.
Pembentukan Laut dan Selat
Hanyutan benua telah mewujudkan
laut-laut baru dan selat-selat seperti Lautan Fasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi
dan selat-selat seperti Selat Melaka , Selat Bass,
Selat Gibraltar dan sebagainya.
Kesimpulan
Teori hanyutan benua menyatakan bahwa
benua-benua Bumi bergerak berbanding satu sama lain di atas dasar lautan. Teori
ini mula-mula dicadangkan oleh Abraham Ortelius lalu dibangun-kan dan
diperkenalkan oleh Alfred Wegener.
Pada awalnya teori ini tidak dipercaya
oleh masyarakat pada waktu itu. Namun setelah ditemukannya bukti-bukti
kebenaran teori tersebut, seperti persamaan garis pantai, persamaan tanah dan
batuan, serta persamaan lainnya membuat masyarakat percaya dengan kebenaran
teori ini.
Dengan menggunakan teori hanyutan
benua kita dapat memperkirakan apa yang akan terjadi dengan permukaan bumi pada
masa yang akan datang. Yaitu dengan menggunakan konsep yang terdapat pada teori
hanyutan benua.